28 Feb 2007

Keretaku dilanggar orang

Semalam, on the way nak pergi Ampang dari office ada orang langgar plak kereta aku. Geramnya.........Ceritanya begini, al-kisahnya dari office aku , aku nak pegi Jalan Tun Razak, tapi tersilap , termasuk jalan dekat Tasik Perdana. Pehtu aku teruskan sampai dekat satu bulatan ni( aku tak tau nama bulatan apa0tiba-tiba je kereta rasa bergegar, aku tengok cermin sisi, ada kereta besar kaler hitam ala-ala REXTON @ Ssyang Yong langgar aku dari tepi, apa lagi aku honla, then kereta tu masuk belah kiri aku , aku tengok kat cermin tingkap boleh buat bodo je. Pehtu aku amik no. kereta dia BGW 5555 tapi tak tau boleh buat apa ngan no tu. Gerammmmmmmnnnnyaaaaaa mamat Melayu lak tu. Kalau ikutkan hati nak je aku sumpah supaya dia langgar samseng jalan raya pehtu samseng tu pun taboh dia.....Hilang mood nak pergi centre visit. Nasib baik calar sikit je. Dia ingat dia kereta besar boleh buat apa yang dia suka ke.? Kesian kereta aku, si Chikita dahla ari tu Mak Sedara aku pun langgar dia pun jenis orang tak mintak maaf juga. Masa tu aku balik kampung nak beraya Haji. Aku parking dekat belakang kereta dia. Pehtu dia nak kuar, so aku pun nak undurkan kereta aku, pehtu dia ni jenis yang tak reti tengok blakang terus je menonong under dan senerih kereta aku, yang aku ni plak panik tak sempat nak hon. Aku memang sedih gilala satu hari aku menangis. Ari tu jugak aku balik SP padahal baru sampai Kat Sik pagi tu. Yang aku geram tu dia siap salahkan aku plak apasal aku parking belakang dia then tak mintak maaf, buat bodo je. Aku yang memandu jauh dari KL sampai Kedah punyala berhati-hati pun tak nak kena langga dan dilanggar orang, tup-tup balik kampung kena juga..... Sampai sekarang tak betul lagi, Bumper dia termasuk dalam sikit. Bapak aku plak kata sikit je. Sikit-sikit je pun sapa nak bayar? Argh selagi Mak Cik aku tu tak bayar, malas nak balik kampung, lantakla. Dia ni memenag jenis suka buat orang sakit hati. .........
Gerammmmmmmmmnnnnyaaaaa.

3 comments:

Faiza said...

ira, baik gi wat report w'pun kemek sikit tetap blh, nak nyer lak ade no kete org tu lg senang... klu ira dah wat tp dia x de wat demikian, nnti polis akan pergi cari dia..sbb ira dah buat report tentang excident tu..klu nak keadilan dan kepuasan hati pegi je wat report. kot dpt ganti rugi berbalaloi jg kan???

ILi Izyani said...

Ira...valid lagi masa utk ko sumpah dia jd sesumpah ke hape..

ehem ehem..terkeluaq dah loghat kedah diaaa....
taboh tu maksudnye belasah.
senerih tu tergesel.
correct me if i'm wrong.

Comel la nama yg ko pilih.chikita?mana dapat?ko rase2 linda ada bg nama tak kat kete dia?skuter aku namanye Aee..

saerah80 said...

Ye ke Faiza, tengokla nanti camna, thanks for your advice. Ala Ili, aku kalau tengah geram memang terkeluar semua kata-kata daerah akula. Kereta Linda namanya Mawi. Perasanla tu....

Family trip to UK

Salam semua.... Ya, I know I have gone for too long. It is all because of my stupid laptop need to be repaired and actually I was away for...