12 Sep 2007

Akhirnya bulan pusa datang lagi...

Seriously aku suka bulan posa. dulu teringat masa kat SSMJ, memang best giler masa tu. Kitaorang tunggu beramai-ramai nak buka posa sambil dengar radio. Ada satu iklan tu tak tau iklan apa dialog dia memang famous, "Selamat berbuka posa dan hari raya no" dalam loghat utara. Pehtu menngunakan Maijas untuk mengambil makanan tengahari bagi orang tak leh posa. Lepas tu waktu petang siap di sediakan bas nak pergi beli makanan kat pasar jam besar. Makanan paling mewah yong tau foola. Yang pergi tu ikut giliran tak salah aku by kelas kot. So, kita kena pesan kat sapa-sapa yang pi masa tu.Sapa yang larat sikit pergi jalan ke taman ria.

Kala masa kat ITM plak, beli makanan kat seksyen 2, pehtu makan kat beramai-ramai kat dorm. Rasanya lebih banyak habiskan duit nak beli makanan masa bulan posa, walaupun kononnya nak berjimat. Masa tinggal kat seksyen 7 plak, masa tu tak mewah sangat, maklumla dah tak dapat PTPTN dan kerja part -time. Setiap makan dibeli boleh di makan sampai waktu sahur.

Aku memang payah nak miss waktu sahur. Walaupun sedap tidur tapi fikirkan waktu siang kena kerja so memang takleh miss. Sekurang-kurangnya makan roti pun takpa. Tapi pernak jugak ter miss satu dua hari. Paling best berbuka posa kat rumahla, tapi paling dekat sekarang ni kat umah mak long. Baju raya dah tempah kat sana jugak. Murah sikit. Sekarang ni nak beli baju untuk family je. So, kepada semua yang baca blog saya ni (ada ke?) selamat berposa ok.

Family trip to UK

Salam semua.... Ya, I know I have gone for too long. It is all because of my stupid laptop need to be repaired and actually I was away for...