21 Jun 2007

Balik kampung ooooo balik kampung.

So, start esok saya akan bercuti dari sampai ahad minggu depan. Nak balik SP ( sungai Petani) . Dah dekat 6 bulan tak balik ni. So, kena bersedia fizikal dan mental untuk memandu jauh. Apsal tak naik bas, lagi murah dan tak letih, well sebab naik basla aku berazam nak beli kereta. Aku ingat lagi bulan puasa tahun 2005, silap aku jugakla beli bas lambat tapi dah memang tak sempat nak buat macamana. Aku dah specifically cakap tak nak bas Indah, pehtu budak tu pun cakap , bas persiaran so aku pun ok ajela. Dia bagi nombor bas. Pasal apa aku tak nak bas indah sebab tahun lepas aku dah naik, dahla buruk lambat plak tu. Masa aku kat hentian duta , aku tunggu bas sikit punya lama, mana bas persiaran ni, lepas tu nampakla bas Indah, tu-tup nombor dia sama apa yang dia bagi aku memang bara gila, dan aku berjanji dengan diri aku sendiri bahawasanya tahun depan aku balik kampung naik kereta.

Persiapan balik kampung:

1. Servis kereta ( dah servis dah masa balik rumah pak long aku aritu awal bulan ni)
2. Isi angin kat tayar( sebab aku ni ganas skit, lubang pun aku langgar, tak sengaja)
3. Top-up kad touch & go ( belum lagi, maybe top –up kat tol damansara nanti)
4. Penuhkan botol air( untuk emergency kereta panas ke)
5. Beli air mineral dan makanan ( untuk akula)
6. Rakam lagu rancak kat kaset kosong ( penting ni, radio sampai kat Bernam dah siaran terganggu)
7. Pastikan handphone full bar / banyak kredit( maklumla, aku ni dah la pompuan, balik sorang lak tu)
8. Bawak balik kad astro, kat rumah tak dak Star World.
9. Pastikan sudah membuang segalanya yang perlu dibuang ( aku tak suka sangat singgah kat R&R ni, satu faktor tak best satu lagi keselamatan)

Yang menarik masa balik kampong…

1. Aku suka singgah kat R&R Bukit gantang sebab dia banyak buah-buahan yang boleh dimakan.
2. Kalau kena singgah kat R&R, sebab-musabab tak dapat dielakkan, aku memang kalau boleh parking depan tandas, dan cepat-cepat masuk balik. ( Sebab keselamatan)
3. Aku jenis ikut kereta orang untuk dibuat kawan, maksudnya kalau nampak kereta plet Kedah /Penang aku akan ikut kereta tula sebab kitaorang balik sama negeri ma. Kalau dia potong, aku pun potongla. Kalau balik KL pun aku ikut kereta plet KL, sekurang-kurangnya kononnya aku ada kawanla. Kalau aku terpaksa berenti kat R&R, aku terpaksa cari kawan barula.
4. Tempat yang aku paling takut sekali lepas tol Ipoh la, macam turun bukit dan sebelahnya gaung, aku memang bawak slow giler kat sini ( takut terbabas) kalau kenderaan lain yang kat belakang tu, silalah, dipersilakan potong aku.
5. Jarang makan lunch kat R&R satu sebab tak best makan sorang, so aku tapaula burger ke makan dalam kereta.
6. Suka nyanyi sorang-sorang macam orang giler, pehtu gelak sendiri mendengar betapa tak sedapnya suara aku.( sekurang-kurangnya boleh mengelakkan mengantuk)

Itula setakat ni yang aku ingat….so bye –bye semua, jumpa bulan depan.

14 Jun 2007

Wanita pilih suami ikut ciri bapa

Satu kajian terbaru mendapati wanita yang mempunyai hubungan baik dengan bapa mereka ketika kecil berkemungkinan besar memilih teman lelaki dan suami yang mempunyai ciri sama seperti si ayah, termasuk bentuk wajah mereka.
Malah, wanita yang terbukti tidak mesra atau mempunyai pengalaman hitam dengan bapa, sama sekali tidak akan menjadikan ciri lelaki itu sebagai keutamaan apabila memilih pasangan.Ini adalah hasil kajian sekumpulan penyelidik Britain dan Poland yang melakukan kajian saintifik bagi mengenal pasti ciri yang menjadi keutamaan wanita apabila memilih lelaki idaman, lapor akhbar The Telegraph, semalam. Kajian itu mendakwa ia bukan setakat kepada persamaan perangai, malah membabitkan butiran terperinci sehingga kepada bentuk wajah yang menjadi antara bukti dikemukakan penyelidik Universiti Durham dan dua institusi pengajian tinggi Poland.“Keputusan ini jelas membuktikan bagaimana kualiti hubungan bapa dengan anak perempuan itu memainkan peranan penting kepada kehidupan si anak apabila dewasa, termasuk membabitkan lelaki pilihan mereka,” kata penyelidik, Dr Lynda Boothroyd. “Penyelidikan itu juga menunjukkan yang otak manusia bukan setakat membina prototaip wajah idaman berdasarkan apa yang kelihatan di sekeliling, tetapi berpandukan lelaki mana yang mempunyai pengaruh besar dalam hidupnya.”Dr Boothroyd berkata, mereka menggunakan ukuran wajah sebagai cara mengesan kaitan langsung rasa tarikan wanita dengan lelaki idaman. Penyelidik mendapati, ia ketara khususnya di kawasan tumpuan di tengah muka iaitu bentuk muka, mata dan dagu.Ini diakui sendiri selebriti popular seperti pakar memasak Nigella Lawson, penyampai radio Britain Zoe Ball dan penyanyi era 80-an, Kim Wilde.Pakar psikologi itu mendapati wujudnya persamaan bentuk muka bapa Nigella, Nigel Lawson yang juga bekas Setiausaha Perdagangan Britain dengan suaminya sekarang, Charles Saatchi.Kajian dikenali ‘cetakan persamaan seksual keibubapaan’ itu menggunakan sampel termasuk 49 anak sulung berusia 15 - 34 tahun di Britain dan Poland.Setiap satu responden diminta memilih gambar yang difikirkan menarik daripada 15 foto lelaki yang turut menampakkan secara terperinci bahagian telinga, rambut, leher, bahu serta pakaian.Hasil pilihan mereka itu kemudiannya dibandingkan dengan ukuran wajah bapa masing-masing.Responden juga diminta menilai hubungan mereka dengan bapa daripada peringkat bayi sehingga usia 7 tahun bagi melihat sejauh mana peranan bapa dalam pembesaran mereka termasuk masa dan tumpuan si bapa ke atasnya.Wanita yang terbukti mempunyai hubungan baik dengan bapa didapati lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai ciri sama seperti bapa. – Berita Harian, 14 June
So, aku rasa ciri-ciri lelaki idaman aku ( berdasarkan artikel kat atas)
1. Gelap ( hehehe jangan marah abah)
2. Wajah panjang ( ok la sebab muka aku bulat)
3. Ada tahi lalat
4. Ada lesung pipit - ( ok yang ni memang aku suka, seriously)
5. Mata agak kelabu ( Hmm not bad)
6. Tinggi ( semestinya)
7. Terror memasak ( Adoi ada lagi ke laki macam ni)
8. Perokok kot( yang ni aku akan cuba habis-habisan untuk suruh dia berenti merokok)
9. Suka budak-budak ( Ni ciri-ciri yang utama)
So, nanti kalau dah berkahwin nanti, tengokla teori sama ke tak. (^_^)

12 Jun 2007

I love Channel E!

Seriously, kalau aku boring ke tak de benda apa nak tengok, selalunya Jummat malamla,aku akan tune to this channel. Banyak yang aku belajar( yang tak berfaedah punya) dari channel ni. Yang aku paling suka adalah 101 List ngan THS (True
Hollywood Story). Dalam siri ni, diorang adla panggil orang untuk membuat ulasan( commentary) regarding celebrity tersebut. Diorang ni memang kelakarla. Terutamanya adik-beradik Skylar tu.

101 Extreme Slimdown – Senarai artist yang menguruskan/ menaik kan berat badan. Oprah Winfrey nombor satu dalam list ni. Aku tak tau sebelum ni Sharon Stone gemuk giler lepas tu dia menjalani “Bypass surgery” terus kurus. Skylar brothers comment on George Clooney, sebab dia kena naikkan berat badan untuk berlakon dalam cerita “ Syria” ( terus dapat Oscar untuk watak filem tersebut) “even if he cut his legs, women still want to go out with him more than us”. Sebenarnya bila aku tengok ni, rasa nak kuruskan dirila pulak, tapi tak tau bila nak start.

101 Hair Makeover- No. 1 adalah Cybill Shepherd , bila dia buat temu bual kat London dia pakai baju yang ada hud. Bila dia tarik hud tu, rambut dia berikat macam jambul, bila dia tarik getah kat jambul tu, rambutnya mengerbang giler. Memang tak nambak macam pelakon langsung.

THS: Halle Berry – Masa kecik-kecik dulu ramai orang ejek dia anak angakat sebab mak dia orang kulit putih. Cerita macam-macam la pasal perkahwinan pertama dia, husband dia pukul sampai merosakkan pendengaran dia kat sebelah telinga. Lepas tu pasal dia langgar lari, kena saman dengan orang yang dilanggar, pasal dia dapat “ Razzie Awards” ( totally opposite of Oscar) untuk filem “ Catwoman”. Dia dengan bangganya siap pergi ( iala sebab sapa sanggup nak terima anugerah untuk category “ Worst Actress”) dan siap buah speecha ala-ala menang Oscarla. Memang kelakar giler. Lesson yang aku belajar kat sini adalah, orang yang cantik, kaya, berbakat pun ada masalahnya tersendiri, so what we have to do is to deal with it and don’t give up.

THS: Rachel Ray – Dia ni terkenal dengan rancangan masakan “ 30 minutes” di mana dia akan menunjukkan cara-cara membuat makanan yang sedap dan berkhasiat dalam masa 30 minit. Dia dapat idea ni semasa dia kerja kat satu supermarket ni dan kena promote barangan mentah kat sana. Tapi dia tak dapat ambil perhatian pelanggan sebab diorang kata diorang tak sempat nak masak ( macam saya). So dia pun buat la demonstrasi untuk memasak selama 30 minit sahaja. Sekarang ni rancangan dia di bawah syarikat Oprah –Harpo Inc. Dia ni bukannya ada sijil nak jadi chief pun, tapi dia memang suka bahagian masakan. Dulu dia kerja kat Macy dalam department grocery, lepas tu diorang nak promote dia dalam bahagian “Accecorries Department” ( kalau Bernice mesti dia suka) tapi dia tak suka so dia pun berenti untuk bekerja dalam bahagian masakan. Apa yang aku boleh pelajari kat sini adalah buat benda yang kita suka dan stick with it. Contohnya macam dia ni muda lagi aku rasa dalam 30an sahaja tapi dia berjaya jumpa kerjaya impian dia dan jadi rich and famous. Memang ramai oprang kutuk dia sebab dia tak belajar mana-mana institusi masakan ( siap ad website lagi, www.rachelraysucks.com), tapi dia cakap dia tak kisah, memang dia tak pergi pun, tapi dia buat semua ni sebab dia passionate about cooking and she wants to teach people to cook a simple nutricious dish in 30 minutes.

So, memang betulla aku hantu ni TV , tapi aku tetap belajar sesuatu daripadanya……

8 Jun 2007

Akhirnya....

Akhirnya aku ada friendster jugak. Ni alamatnya...www.friendster.com/saerah80 . Joinla. Hari Ahad kena pergi rumah Pak Long ada kenduri.

7 Jun 2007

Time's most influential people.

Ari tu tengok kat San Francisco Coffee ada promotion kalau beli Time magazine boleh dapat coffee and muffin percuma, harga dalam 8.50 aja. So, what the heck, aku pun beli ajala. By the way coffee dia tak sedap langsung. Aku lebih suka Guara coffee lagi dan Dunkin donut ice coffee.

Dia terbahagi dalam banyak bahagianla, entertainment, sciences, IT, builders,business, arts, politics, dan activist. Apa yang menarik minat aku adalah yang tukang tulis tu orang yang terkenal. maksudnya diorang tulis siapa yang diorang kagumi. contohnya Donald trump tulis pasal seorang mamat ni yang sanggup membahayakan diri dia untuk menyelamatkan seorang yang terjatuh kat lorong subway. Dia ni pekerja kontrak bangunan so dia tahu kat landasan subway ni ada satu part yang tak kena train so dia cover lelaki yang jatuh tu dengan badan. Mr. trump siap bagi US 10,ooo lagi kat dia.

Satu lagi yang aku suka pasal Bill & Melinda Gates foundation. Diorang ni cover pasal education for children. aku rasa dekat berpa billion diorang dah bagi pasal ni. Banyak jugakla pasal orang-orang kaya yang buat kebajikan ni, Lakshmi Mittal, Warren Buffet, pehtu ada seorang ni David ke apa Rockefeller siap subsidy museum lagi dan juga bina Rockerfeller centre( tempat orang main ice skating, ada pokok christmast yang besar, tempat orang propose, aku rasa tempat ni ada banyak kali dipaparkan dalam filem). Muslim pun ada juga, Prince Ta something-something mendermakan duit dia kat universiti seluruh dunia untuk belajar pasal Islam dan membina right wing dekat Louvre museum( tempat simpan gambar monalisa, Da Vinci Code filem kat sini) untuk Islamic art.

Aku terfikir nak tulis semua ni pasal aku rasa memang kecik sangat aku punya pencapaian dalam dunia ni. Kalau aku mati pun tak de apa orang nak remember sangat. Family dan kekawan mungkin ingatla then what?

I should mark my mark in this world, but how?

Family trip to UK

Salam semua.... Ya, I know I have gone for too long. It is all because of my stupid laptop need to be repaired and actually I was away for...