28 Mar 2007

Goal Setting



Ahhhhh... leganya, aku dah habiskan semua area meeting. Esok terus cuti sampai Jumaat. tapi sabtu kena datang balik ada Assistant Training pehtu ahad ni ada recognition day kat Batu Caves. Kiranya aku tetap kerja 5 hari gak. Semalam kena buat Goal setting, tapi aku rasa kalau bahagian attendace of Area meeting tu dah tak fulfil dah. Nampaknya kena buat waktu semua orang adala. Goal setting ni nak tau apa perancangan kitauntuk masa depan area aku. Mestila aku nak buat baik punya. Tapi kalau untuk peribadi, tahla, ada gak my colleaugue tanya, what is your goal for your life? aku seriusly cakap tak tau. Dia cakap semua orang kena ada matlamat dalam hidup. Mungkin sebab aku rasa comfortable dalam hidup aku sekrang ni. Tak rasa nak berubah pun. Kawin, tahla, rasanya macam best hidup single lagi. Tapi tak bermakna aku taknak kawin, maybe aku tak jumpa lagi orang yang sesuai. Aku bukan nak yang perfect, tapi somebody who can me me happy. Payah sangat suruh bapak aku cari je, bukan apa aku rasa cinta boleh dipupuk. (Alamak ala-ala Goong la pulak). Aku rasa nak hidup simple asja. Ada rumah, kereta, duit yang cukup( kalau lebih takdela banyak sangat) middle income, pehtu ada family to take care. Kalau aku dapat semua tu ,aku dah bersyukur dah. Aku tadela sampai nak jadi CEO ke GM atau bukak perniagaan sendiri. Kadan-kadang terfikir jugak, aku ni tak de matlamat langsung ke, jadi macam lalang ditiup angin, ke kanan dan kiri ikut haluan angin, bila dah tua, kena tebas. Entahla.... Just go with the flow.....

26 Mar 2007

Me as a tourist guide.

Bangun-bangun arini terus pening kepala. Berdenyut- denyut pulak tu. Tula semalam balik lewat tapi best jugakla. Semalam lepas conference, aku offer Rochelle ( staff from Philippines) berjalan-jalan. Bukan apa, masa aku kat Philippines dia yang bawak aku berjalan-jalan kat sana, so ni nak balas budila ni. Kitaorang pergi Aquaria, pehtu terserempak Teacher Tess ngan Kak Ain, Mag & husband dan Jennifer and husband. Dari sini aku nampak the other side of Teacher Tess and other instructors. They are very fun and like a normal person, epecially Teacher Tess. Then rocheele belanja makan ice cream and A&W. Malu pun ada gak sebab dia tetamu, takkan plak dia belanja aku. tapi sesungguhnya aku dah try tolak habis-habisan, tapi dah orang nak belanja, camno, so rezeki jangan ditolak.
Pehtu kitaorang pergi naik " Eye of Malaysia' Mula-mula ingatkan ramai orang beratur nak naik tapi takdela ramai sangat. Tapi nak parking sikit punya jauh kena jalan. Masa tu jugak ada bertunjukkan bunga api dan water ski acrobatic. So, aku rasa aku dah jadi tourist guide yang baikla. Siap tangkap gambar sambil bersila semata-mata nak ambik gambar KLCC.

Kat Aquaria

Gambak KLCC dari dalam gondola " Eye of Malaysia'

Ni gambar dari handphone aku, gambar Rochelle ada dalam kamera dia. Dia kata nanti dia e-mail kat aku. dia balik Philippines arini. So Mabuhay!!

20 Mar 2007

Aku naik jerawat!!!!!!!!

Mak aii, dekat seminggu tak update blog. Memang busy gilerla sampai naik jerawat. Jerawat stress!!!!Tapi Linda kata nampak manis gitu......Sekarang ni tiap-tiap download cerita Goong. Dah download dari siri 7 sampai 17. Memang tengah angau lagi. aku rasa nila cerita yang paling angau yang pernah aku tengok. Ntahla pasal apa, mungkin sebab umur dah lanjut dan masih single. Mungkinkah aku desperate? Tapi cerita ni memang Fairy tale gilerla. Tak mungkin terjadi kat aku. Napala arwah atuk aku tak tunang aku dari kecik ngan anak raja ke, ok gak, hehhehe. Ok stop about this.
Ingatkan nak cuti hari Jumaat ni, dah apply pun, tapi kena pulak jadi'host' untuk staff dan instructor dari Singapore. Kena atur centre visit, transportation macam-macam lagi. aku rasa aku dah 'terjerit' kat bos aku tak taula dia perasan ke tak. Tapi aku rasa dia perasan kot sebab dia tiba-tiba je tanya pasal ni. aku memang tengah geram sebab banyak kerja nak buat serentak. Mana power point untuk Assistant Training dengan jadi presenter lagi, Area Meeting dan esok pun kena buat jugak. Kadang- kadang aku rasa menyesal gak terima jadi FDC, sebab kalau aku bayangkan masa aku jadi assistant dulu, tenang je hidup aku. Hari minggu tak yah kerja, Ni jadi FDC ni , tiap-tiap minggu kerja, bilik tak sempat berkemas, baju apa lagi hantar dobila.
Dulu aku ingat lagi masa kerja kat system, yang paling sibuk pun waktu reportla. Kalau kena marah pun ngan team leader tak pun senior. Aku selalu tengok FDC masa tu selalu keluar, boleh bergembira,pendek kata macam best jer jadi FDC masa tu. Rasanya betul kata Pak cik Spiderman (aka Peter Parker):"With great power comes great responsibility.". Ok sambung kerja balik (^_^)

13 Mar 2007

Sibuknya hariini....

Sibuk gila mana nak siapkan powerpoint presentation untuk area meeting, edit video untuk Free Trial Campaign, Kalau tak arini nak pergi centre visit, langsung tak jadi. Geramnya, dahla lampu kat rumah tak dibetulkan lagi.....Ok dah sampai disini saja. Buh bye!!!!

9 Mar 2007

6 weirds thing about me (^_^)

1. Obses - yang korang boleh nampak dalam blog aku ni, dan aku dah terangkan dalam blog aku.

2. Suka beli majalah lama2- Kalau ada majalah seperti Gempak, Reader Digest tak pun Mastika, ikut moodla mesti beli pehtu sekarang ni aku tak tau mana nak letak dah semua majalah tu. Memang banyak gila.

3. Suka beli buku 'cantik' - Selalu pegi "Living Cabin "kat Midvalley sebab dia jual banyak buku yang memang 'girlie' dan cantik. aku suka yang ada gambar yang macam romantik gitu. aku tak tau nak ceritala. Bamyak gak duita aku habis pasal ni. Aku tak guna buku2 tu tapi buat collection. Kalau pegi overseas pun aku suka masuk kedai buku contohnya macam gambar ni aku beli kat Bangkok masa KAO Conference aritu.


4. Lama pikir kalau nak order makan - Aku rasa orang KBC memang fed-up dengan tabiat aku ni. Kalau sebelum sampai tempat makan mesti diorang suruh pikir nak makan apa. Nanti takdela waiter tu tunggu lama. Aku bukan apa kadang kadang aku tak tau apa yang aku nak makan. Kang aku order menda ni, makanan orang lain tula aku nampak sedap, menyesal tak order. Mungkin aku ni tamak kot.

5. Suka menumpahkan air kat mejaaaa kerja - Kopi, teh dan semua meja aku ni dah merasa. JJ kat belakng pun tau, kalau tiba-tiba aku menjerit tu pasal tertumpah airla tu. Macam budak-budak.

6. Hantu Kicap - Apa-apa aku makan mesti taruk kicap. Tak caya tanya Di. Pasal tula aku banyak parut. Semuanya aku bubuh, laksa, roti canai, maggi, nasi, bihun sup pendek kata memang takleh hidup tanpa kicapla. Senang. Kat dapur aku memang kena ada kicap, kicap kegemaran aku kicap Tamin, Habal ( kaler hijau terutamanya aku tak suka kaler merah sebab manis) dan cap lembu berlaga. ( orang Kedah mesti Tau punya). Kalau kat ofis nikan kadang -kadang kalau waktu makan nasi tapau mesti aku cakap" kan best ada kicap" . semua ahlil KBC tau perangai aku ni.

So sekarang aku nak tag sapa lak ha?alamak aku tak tau sapa-sapa pun, Ili nanti ko tolong tag untuk aku no. thanks.

Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog

8 Mar 2007

Gila Goong Part 2


Stop stop I need to stop this, kang tak jadi buat kerja lak. aku memang kalau sekali obses kat sesuatu mau seminggu gamaknya. aku ingat lagi waktu obses dengan Westlife dulu, hampir tiap-tiap hari pergi CC, sebab nak download wallpaper dan baca pasal kumpulan ni. Aku minat kat Kian Egan, pasal aku suka belakang dia dan fortunately tak gay. Oh aku memang ad history skit pasal ni, orang yang aku minat je mesti gay contohnya macam Stephen Gately dari Kumpulan Boyzone. Mati -mati aku tak percaya, siap ada gambar dia lagi dalam loker aku. Dia ni sweet sangat. Tapi lepas aku dapat mimpi pelik dan dia dah mengaku sendiri memang ada rasa kecewa skitla.
Sweetkan?
antara gambar favourite westlife...


Lepas tu obses ngan Clay Aiken, yang ni aku malas nak amik tahu dia ni gay ke tak, lantakla tapi suara dia memang best. aku memang tak puas hati dia kalah ngan Ruben Studdard tu. Kalau boleh nak tengok dari awal sampai habis untuk season tu Amrican Idol tapi aku tak tau nak beli@ download kat mana.

Ni masa mula-mula masuk, tak hensem pun maklumla belum 'make-over lagi
Ni pulak lepas American Idol, dah ok skit, tapi bagi aku memang dia ni cute walau macamana pun. Suara ni the best!
Ni gambar terbaru. not bad.



Mula- mula aku kenal waktu dengar lagu 'This is the night' kat radio Light& Easy ( sekarang ni dah tukar Lite Fm) . Sedapnya suara dia ni so aku tunggu sampai DJ tu bagitau sapa dia ni, then esoknya apa lagi Googlela. Start dari dia ni baru aku tahu pasal American Idol. Album dia yang first tu memang bestla. Aku siap 'convert' Di sampai dia pun suka lagu Clay Aiken.
Dan sekarang Goong plak, hadui lepas ni tak taula aku obses apa lagi........





7 Mar 2007

Gila Goong!!!

Habisla, aku dah start obses dengan cerita " Princess Hours" kat 8TV. Cerita ni ditayangkan jam 8.30pm, Isnin sampai Jumaat. sekarang ni aku atur centre visit pun ikut cerita ni. Kalau boleh nak balik sebelum 8pm. Kalau tak leh sangat, ( terpaksa kerja gak) aku siap download episode yang tak le tengok tu. Kalau nak beli CD dia mahal sangat. Aku rasa tiap-tiap hari aku download pehtu burn dalam CD. Hero dia takdela hensem sangat Prince Shin,, cute lagi nemesis Prince Yul. Tapi masalahnya aku suka hero dalam komik. Dalam komik memang hensem. Adoi masalah betul, terjatuh cinta kat orang yang tak wujud. Nasib betul.

So kalau nak tau lebih lanjut pasal cerita ni click kat sini: http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=186801&extra=page%3D1&page=1

tak pun lawat soompi forum.




Hero ngan heroin dlam drama ngan komik ( hensem komik lagi)



4 watak utama . Gambar heroin dalam gambar ni comel sangat.



Cutenya....

2 Mar 2007

Report Day

Hari ni merupakan ari yang paling sibuk setiap bulan. Tapi seripusly, aku suka jugak ari ni sebab boleh tengok office macam chaos sikit, macam dalam 'disaster movie' plak. Telefon berdering, orang berlari ke fax machine. Kadang tension sebab student count 'down'. Well, have fun today!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 Mar 2007

Honesty....

Kenapalah aku ni honest sangat haa..............I thought honesty is the best police, but I guess it is not for me. Tensionnya......

Chasing Aurora Birthday Trip: Finland, Sweden + Norway

Salam semua.... How you all have been doing so far? I hope you guys are in the good health and bless with your families and friends. Yap...m...