28 Feb 2007

Keretaku dilanggar orang

Semalam, on the way nak pergi Ampang dari office ada orang langgar plak kereta aku. Geramnya.........Ceritanya begini, al-kisahnya dari office aku , aku nak pegi Jalan Tun Razak, tapi tersilap , termasuk jalan dekat Tasik Perdana. Pehtu aku teruskan sampai dekat satu bulatan ni( aku tak tau nama bulatan apa0tiba-tiba je kereta rasa bergegar, aku tengok cermin sisi, ada kereta besar kaler hitam ala-ala REXTON @ Ssyang Yong langgar aku dari tepi, apa lagi aku honla, then kereta tu masuk belah kiri aku , aku tengok kat cermin tingkap boleh buat bodo je. Pehtu aku amik no. kereta dia BGW 5555 tapi tak tau boleh buat apa ngan no tu. Gerammmmmmmnnnnyaaaaaa mamat Melayu lak tu. Kalau ikutkan hati nak je aku sumpah supaya dia langgar samseng jalan raya pehtu samseng tu pun taboh dia.....Hilang mood nak pergi centre visit. Nasib baik calar sikit je. Dia ingat dia kereta besar boleh buat apa yang dia suka ke.? Kesian kereta aku, si Chikita dahla ari tu Mak Sedara aku pun langgar dia pun jenis orang tak mintak maaf juga. Masa tu aku balik kampung nak beraya Haji. Aku parking dekat belakang kereta dia. Pehtu dia nak kuar, so aku pun nak undurkan kereta aku, pehtu dia ni jenis yang tak reti tengok blakang terus je menonong under dan senerih kereta aku, yang aku ni plak panik tak sempat nak hon. Aku memang sedih gilala satu hari aku menangis. Ari tu jugak aku balik SP padahal baru sampai Kat Sik pagi tu. Yang aku geram tu dia siap salahkan aku plak apasal aku parking belakang dia then tak mintak maaf, buat bodo je. Aku yang memandu jauh dari KL sampai Kedah punyala berhati-hati pun tak nak kena langga dan dilanggar orang, tup-tup balik kampung kena juga..... Sampai sekarang tak betul lagi, Bumper dia termasuk dalam sikit. Bapak aku plak kata sikit je. Sikit-sikit je pun sapa nak bayar? Argh selagi Mak Cik aku tu tak bayar, malas nak balik kampung, lantakla. Dia ni memenag jenis suka buat orang sakit hati. .........
Gerammmmmmmmmnnnnyaaaaa.

27 Feb 2007

I'm back...

Alahai malasnya arini.... nasib baik sekarang ni ada team leader meeting. Kalau tak mesti tak sempat update punya. Kena cepat ni sebab nanti nak pegi centre visit kat Ampang. Harap-harap bolehla balik awal arini, bukan apa nak tengok cerita korea " Princess Hours". aku tahu cerita ni daripada majalah "Gempak". Asal cerita ni dari Korean manga. Semalam dah terlepas, tinggal 15 minit lagi sebelum habis. Kiranya aku drive dari Ampang ke Bangsar dalam 30 minitla guna MRR2. Boleh tahan jugak lajunya.




Ari Sabtu aritu pergi Restoran Nelayan kat Taman Tasik Titiwangsa sambut birthday Di. Aku sampai sikit punya awal pukul 8 lagi. aku sebagai STL( Sub-Team Leader) untuk projek ni. Ketuanya, Mek Totla tapi kantoi lakonannya. tak terrer langsung. Tapi Di kata dia dah syak dah rancangan kitaorang pehtu nampak pulak kereta aku parking kat depan restoran. Kantoi...


Takpa tahun depan projek leader Fida plak, kita tengok camna dia buat hehehehheeee.







Nila birthday cakenye....



Lauk yang bakal tertewas....

15 Feb 2007

Dah beli.....


Dah beli tepon baru dah....Nokia 5300. Beli kat Midvalley. Harganya memang dalam bajetla. Sekarang ni tengah kumpul lagu-lagu nak buat ring tone. Tengah belajar macam mana nak pakai tepon ni. Yeee esok cuti. Boleh balik kampung. Kena tunggu Ali, tapi tak tau kalau dia nak balik ke tak. Hampeh betul adik aku sorang ni. Balik sini ari Sabtu kot. Nanti tak tau boleh post ke tak sebab kat rumah hanya ada laptop Bangcik aja. Tengokla, kalau dapat 'curi' internet bolehla kot.

Happy Chinese New Year!

13 Feb 2007

Dalam dilemak....

Dua model handphone yang aku minat:


Nokia 5300



  • Camera : 1.3-megapixels

  • Display : 262,000 colours

  • Messaging : SMS, MMS, audio messaging, e-mail

  • Connectivity : GPRS, Bluetooth, infrared

  • Phone memory : 32MB

  • Expansion slot: MicroSD

  • Battery type : Lithium-ion

  • Standby/ Talktime : 223/3 hours

  • Other features : Push-to-talk, video recording, Java games, FM radio
  • Weight : 106.5gDimensions (w x d x h ) : 48.2 x 92.4 x 20.7mm

  • Price around RM 950 - 980 / AP: RM 783 - 798


Yang bestnya...




  1. Aku memang nak cari yang khusus untuk music.

  2. Harga dalam bajet.


Yang tak bestnya...




  1. Pixel kamera kecik, 1.3 saja

  2. Tak ada 3G

  3. Kaler putih, takut cepat kotor.




Sony Ericsson W810i


Specifications

Network Technology: GSM 850/ 900/ 1800/ 1900
Dimensions (mm): 100 x 46 x 19.5
Weight (g) : 99
Available colours : Satin Black & White
Display Screen Size:1.9 inch, 176 x 220
Screen Color :TFT 262K colors
Design Type: Candybar
Antenna: Fixed Internal
Memory Internal(MB): 20
Expansion: Memory Stick Duo Pro, 512MB included (Up to 2GB)
Battery Type: Li-Ion 900 mAh
Stand-by (hrs): 350
TalkTime(min) : 480
Price around RM 1070 - 1100 / AP: 880-910


Yang bestnya...
  1. Ada 3G
  2. Nampak smart
  3. Camera pixel 2.0

Yang tak bestnya.....

  1. Harganya lari sikit dari bajet
  2. Kawan aku kata kalau nak jual balik, harga dia jatuh gila.

Kalau boleh nak beli yang original. Tak pergi survey lagi. Kalau boleh nak beli sebelum balik kampung, ari Jumaat. Boleh aku tunjuk kat adik-adik aku. Dalam bayak -banyak tepon aku kedua yang cikai ( yang paling cikai, tepon adik aku yang belajar lagi tu, atas sikit dari Nokia 2100, sceen hitam-putih lagi, tapi dimaafkanla sebab dia student).

Dalam dilemak betul....

12 Feb 2007

Somewhere Only We Know?

Malasnya rasa hari ni. Dahla semua Team Leader tak de pegi training kat Singapura. Hari ni Linda ajak makan kat gerai hujan. Sekurang-kurangnya kena amik masa 2 jam tu padahal lunch time sejam je....hmmm ok ke, takut nanti ada spy je yang bagitau pasal kerja jahat kitaorang kat boss nanti. Rasa macam nak pergi jauh dari sini, nak pergi bercuti, tapi diorang kalau aku ajak mesti cakap, 'ko takpela orang besar,bolehla pegi'. Konteks 'orang besar' disini bermaksud gaji aku ni tahap ciput sikitje lebih pada diorang. Sikit saje..Simpan duit nak kawin sorang , sorang lagi nak beli kereta. Tak kan nak pegi seseorang kot, mana best. Kalau ajak adik aku kang, aku kena support semua, dia student lagi. Tapi dia tu payah memanjang nak ajak keluar. Waktu belajar kat Gombak pun payah nak ajak kluar, study memanjang (nasib baik dapat Dean List) kalau tak mesti kena bebel punya. Sekarang ni dah pindah ke Kuantan, lagila.....

Kalau aku rasa tension, aku nak je pegi kat sini, duduk kat kerusi tu
waktu tengahari dan mengamati keindahan alam........







Tak pun berbasikal kat sini waktu petang........




Main buai kat sini, mesti best punya.

Tapi masalahnya hanya aku tau kat mana tempat ni semua. Gambar ni semua, aku punya wallpaper. Amik kat website ni:http://www.batkhela.com/wallpapers/. Wallpapers dia memang cantik-cantik.

Somewhere Only We Know

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete
Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree
I felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I've been dreaming of?
Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin
And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin
And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?
-Keane (by the way my favourite-favourite group (^_^) )

9 Feb 2007

Apa ada pada nama

Aku ada banyak nama. Tak percaya? Kat rumah, housemate panggil Siti. Kawan panggil Ira. Senior staff dan instructor guna nama Syahira. Abah dan Umi called me Kak Yong. Adik-adik aku panggil aku kakak. Rumah Pak Long aku paggil Saerah ( Ili kalau tak caya tanya Mak Long aku) dan anak-anak sepupuku panggil aku Mak Long, dan aku bahasakan diri Ayong to my parents. Ada lagi, some of my friends call me Shera ( macam kartun He-man). So, macam-macam nama panggilan, tapi orangnya tetap sama iaitu aku. Pernah aritu kawan aku datang melawat rumah diorang tanya 'Syahira ada tak?' pehtu housemate aku kata tak ada orang macam tu. Nasib baik aku ada kat rumah masa tu, kalau tak kesian dorang datang dari Shah Alam nak jumpa aku. Selalunya aku bagi nama "Siti' pada orang yang aku tak kenal dan orang yang aku tak nak kenal. Saja, sebab nama Siti tu kan 'common name'. Aku rasa nama panggilan menunjukkan betapa dekat dan jauhnya kita kepada seseorang itu. Menunjukkan sama ada yang panggil kita tu famili, kawan ataupun rakan sekerja. aku bertuah ada diorang semua ni yang kenal aku, so aku bukannya seorang dalam dunia ni. So, apa ada pada nama......

8 Feb 2007

Ari ni rasa malas betul. Nak tulis blog pun rasa malas. Tapi kena buat juga sebab tak nak hangat-hangat tahi ayam je. Nak cakap pasal apa ye? Semalam sambut birthday Linda kat Secret Recipe. Dia ni macam ariel pendek sikit, tak syak apa-apa pun ( @purak-purak tak tau?). Bye the way, kitaorang bagila buku"Menjalin Hubungan Bahagia" tulisan Dr. Fadhilah Kamsah tu.... sebab azam dia tahun ni nak kawin. Azam aku? To be more happy and positive this year as well as eat well and drink a lot. Realistik kan?

7 Feb 2007

Filipina

Purak-purak kerja


Kereta corvette tu...

Smokey mountain- Kawasan pelupusan sampah

One of my meal Seafood Spaghetti

Minggu lepas pergi Filipina dari 30hb Januari sampai 3 Februari. Filipina ni rasanya macam Indonesia jugakla. Kalau kaya tu kaya sangat. Kalau miskin tu miskinla. Tapi yang bestnye kat sana,makanannya memang agak murah, tapi yang tak bestnya bukan halal pun. Masa kat sana tu asyik makan seafood ajala. Malas nak makan sayur, sebab saya ni bukan pemakan sayur. Rasanya trip kali ni paling banyak tengok 'ba alif ba ya' atas meja. Yep, boleh dikatakan tiap-tiap hari. Siap makan depan aku lagi tu. nak kata diorang tak sensitive, tak taula sebab kat Makati tu semuanya Kristian, so aku rasa diorang tak tau kot pasal Muslim. Aku rasa aku sorang je yang pakai tudung kat manila selama 5 hari tu. Aku tak nampak pun orang Malaysia. Sekurang-kurangya kat Thailand nampak jugala masjid. Kat Makati ni haram nak nampak sebuah masjid pun. Tapi aku banyak belajarla pasal kerja kat sini. Teacher mamang best! Waktu dia tengah bercakap aku terpikir' Wow this is the best learning ever'. So passionate and sincere. Can't wait to see her again in March.
To Linda, Happy Birthday!! yang ke dot dot dot..... ( Ala macamla kitaorang tak tau)







6 Feb 2007


The beginning....

Akhirnya berjaya juga buka blog ni. Mula-mula fikir, argh malas la nak tulis selalu, tapi lama-lama, ok gak. Boleh lepas tension. Lagi pun internet free, office punya hehehhe(gelak jahat). Baru balik dari Filipina. Letih gak, satu hari tidur masa hari Ahad tu. Bilik tak kemas lagi, macam hampas je bilik tu. Sabtu ni kena cuci bilik by hook or by crook!

Chasing Aurora Birthday Trip: Finland, Sweden + Norway

Salam semua.... How you all have been doing so far? I hope you guys are in the good health and bless with your families and friends. Yap...m...