24 May 2007

Vietnam- Fun Fun Trip part 2


Hari kedua ni aku rasa yang paling best sekali. Mula-mula kitaorang pergi Chu Chi Tunnel. Perjalanan dekat dua jam jugakla. Dalam bas tu, macam ada pesta tangkap gambar orang tido yang diketuai oleh Mr. Nicholas Liew @ Nicky and Sean. Ramai jugakla yang jadi mangsa. Aku hamper menjadi mangsanya tapi waktu dia tangkap gambar tu aku terbukak mata. Lepas t terus tak jadi tido.
Sampai je kata sana mula-mula tengok video dulula. Video tu hitam putih menceritakan pasal zaman perang Vietnam dulu. Tempat tu memang satu kampong yang gali. Lubang dia kecik je sebab diorang memang kecik. Perempuan dia memang lawa-lawa dan halus je. Aku rasa paling besar pun saiz L je.
Tak semua tunnel tu kitaorang dibenarkan masuk. Ada satu lubang masuk tu memang kecik, aku memang sure takleh punya. Lepas tu dia tunjuk jerat untuk tentera amerika memang dahsyatla kalau kena. Tunjukla dia punya dapur yang tak mengeluarkan asap supaya tak kena bom. Ada jugak pergi stesen tempat bom B52 jatuhkan, memang besar, boleh buat kolam ikan. Lepas tu kitaorang masuk tunnel, semua masuk termasuk big boss aku sekali. Terowong tu memang muat-muat badan aku je. Cehhh mula-mula boleh macam jalan tertunduk-tunduk. Lama-lama lepas tu kena jalan tunduk lagi, then memang kena merangkak, kalau orang yang kecik boleh lagi. Memang riuh dalam tunnel tu sebab gelap. Nasib baik ada torch light, itu pun kecik je. Adala kawan aku yang guna lampu hand phone. Mek Tot memang kecoh, dahla dia duduk belakang aku. Sempat bergambar dalam tunnel lagi kitaorang. Dalam tu memang panas giler. Tunnel tu panjangnya dalam 3 meter, dalam 7 meter. Ada tunnel dalam lagi kiranya macam aras kedua dan ketiga. Keluar je dari tunnel tu memang bestla. Rasa macam mana keperitan diorang waktu zaman perang dulu. Kitaorang yang masuk kejap ni pun dah sesak nafas ngan panasnya lagi. Macamla diorang dulu boleh bertahun –tahun hidup dalam tu. Lepas tu ada lagi satu tunnel, lagi panjangla tapi aku tak masuk sebab memang kecik. Mek Tot masuk. Dia kata ada satu tempat tu diorang kena terjun masuk aras kedua pehtu panjat balik. Kitaorang tunggula kat tempat keluar. Dari jauh dah boleh dengar kekecohan dalam tu. Suara dia la yang kuat sekali. Keluar je tangkapla gambar pehtu si Tswen Ching ni hulurla tangan, sekali dia terjatuh menghempap Tswen ching sekali dan jatuh tergolek ala-ala filem Hindustan terus depan aku. Aku mula-mula bantai gelak giler pehtu baru tolong diorang. Memang kelakar betul.
Then kitaorang pergi ke Delta Mekong. Kalau cikgu Gegrafi aku tahu mesti dia bangga giler. Geografi memang favourite subject aku tu. Siap masuk persatuan Geografi dan Sejarah lagi waktu kat Mat Jiwa.Sungai dia memang lebar giler. Kitaorang naik bot pergi sau pulau ni yang memang terkenal degan pengeluaran pertaniannya. Dia jamu buah pehtu promotela beli barang dia sekali. Pehtu kitaorang naik sampan untuk pergi ke bot balik. Masa naik sampan tu memang bestla. Bergambar macam titanic tu. Masa ni kitaorang dah join group 2 yang baru sampai Vietnam.
Masa makan malam kitaorang jalan kaki pergi floating board. Memang besarla. Ok gak makannya. Bot tu bergerak pusing-pusing kawasan kat situ. Ada orang Jepun agaknya, mak cik ni tak berenti-renti nyanyi karaoke. Penuh semangat. Lepas tu ada la minah ni mula-mula nyanyi, dia pakai baju agak sexyla jugak. Lepastu dia bukak baju tinggal bra berlabuci ngan samala dengan seluar pendek dia menari ala-ala tigr show. Lepas tu semua orang dating dekat pentas tu. Dia ni pun pandai buat perdembahan menggunakan api. Memang sesak mata memandang. Tapi bagi dia memang biasa je kot.

Hari ke-3- Hari ni aku bengang skit bukan apa , aku dah berusaha bangun awal untuk breakfast, tapi Mek Tot ni buat lambat-lambatla pulak. Dahla nak check-out, last-last sempat makan 15 min je. Geram betul. Lepas tu pergi shopping kat Ben thant. Memang tak murahla.. Aku banyak beli kain untuk baju raya. Peniaga kat situ memang boleh cakap Melayu, Cina, Jepun, Eussia. Hebat betul. Tapi diorang ni agresif jugakla. Main tarik-tarik tangan, baju semua.
Last-last dari millionaire aku jadi papa kedana, siap terpaksa pinjam dari Kak Ain lagi.
Tapi apa pun memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.!



Tank tentera Amerika dalm hutan.


Dalam bot dekat delta Mekong


Dayung sampan, dayung- dayung sampan


Siap bergambar sebelum masuk terowong.




Bergambar dalam Chu chi tunnel, masa ni tak yah merangkak lagi.


Mek tot menghalang pemandangan aku dari kamera.

Rizal yang semestinya muat masuk dalam lubang.

Dalam floating boat, ok air tu bukan air kencing setan, tapi teh payau, ok.

Bergambar setelah penat membeli-belah kat pasar Ben thant

Sempat buat manicure, murah je dalam 30 000 dong ($2 US dollar)

Ben thant market

3 comments:

Faiza said...

Seronok yer Ira?? Byk Shopping yer..??Raya ni pakai Vietnam silk lah Ira..

saerah80 said...

Yang tu aku beli untuk adik aku je, sebab badan dia slim skikit, kalau aku pakai, musti lari skit bunganya. Bunga dia betul-betul tengah-tengah badan orang badan slim.

Faiza said...

ala Ira, lari sikit ok jer kan..bukan lari byk.heheee

Family trip to UK

Salam semua.... Ya, I know I have gone for too long. It is all because of my stupid laptop need to be repaired and actually I was away for...