30 May 2007

K**** Slang

Ni contoh-contoh bahasa yang maybe hanya staff K**** ( dan ex) yang boleh paham. Ni list dia.

1. K**** curse – Terdapat dua, satu positif, dan satu lagi negative
Negatif-
a) Maka sesungguhnya kalau staff yang datang masuk bekerja itu bujang, maka dia akan kekal bujang hingga ke akhirnya, sehinggalah ada salah satu senior staff itu berkahwin. Mungkin akan terbatallah sumpahan itu.
b) Jika staff tersebut sebelum masuk mempunyai kekasih, maka akan ghaiblah kekasih tersebut kerana tidak tahan melayan kesibukan staff tersebut. Hanya pasangan yang tabah menghadapi sebarang rintangan sahaja berjaya menuju kea rah kebahagiaan.

Positif-
Maka sesungguhnya kalau staff yang datang masuk bekerja itu sudah berkahwin, namun masih tidak mempunyai anak sekian lama, maka dengan izin Allah, akan mengandung jua akhirnya.

Sumpahan ini mungkin hanya kebetulan, tapi banyak berlaku ke atas K**** staff.


2. Slanga

a) Atuk/Bapak/Orang Tua – Kitaorang punya ketua pejabat
b) Abang long/kak long- Masing-masing punya team leader
c) Kakak/abang/adik “ angkat “ kesayangan – Orang yang kita rasa “sayang” sangat
d) Kembar – orang yang selalu bersama, sampaikan cuti pun bersama. Tak dapat dipisahkan.
e) Kakak besar- pangkat dia lebih besar daripada ketua pejabat
f) Budak kechik – Fida
g) Mek Tot – Linda
h) Orang besar- Orang yang memang besar @ tanggungjawab dia lebih besar.
i) Aquarium – Bilik meeting kecil berdinding kaca.
j) Island- Dimana kawasan work station yang selalu tak dak orang sama ada mereka pergi melawat centre/cuti/berenti kerja.
k) KBC ( K**** Broadcasting centre) – Kumpulan ini telah berlerai apabila ketuanya telah berhenti untuk menjadi cikgu di Perak. Ahi yang tinggal tidak berapa aktif kerana memang tak pandai cari maklumat.

l) Forever cannot get KQS – memang selamanya tak dapat mencapai standard yang diperlukan.
m) BFF “best friend forever” – Mereka yang selalu melakukan aktiviti bersama-sama, pendek kata nampak je muka A, mesti si B,C,D berada berdekatan. Vice versa.
n) Meeting- Sekumpulan manusia berkumpul untuk berbincang dan tak semestinya capai keputusan. Melakukan aktiviti yang sama dengan topik yang berlainan.
o) Briefing- Aktiviti mencuri masa selalunya berlaku di hari Isnin dimana mengambil masa yang panjang sehingga apabila habis aktiviti ini hanya tinggal sejam lagi sebelum makan tengahari dan masa yang sejam tersebut digunakan untuk membaca e-mail. ( tak sempat nak buat kerja + lapar)
p) Tapau – aktiviti yang dilakukan semasa tak dak duit untuk makan ( tengah@akhir bualn) tak pun untuk mereka yang berdiet.
q) Pantry/supplier – Mereka yang mempunyai banyak bahan makanan hinggakan “terpaksa bersedekah” kepada mereka yang memerlukannya.

So, setakat ini sajalah yang aku tau@ingat. Kalau sapa-sapa yang tau lebih, tambahlah ye. Thanks.

3 comments:

fida said...

k.ira.. jgn kutuk2 org sgt tau

saerah80 said...

mana ada fida, gurau-gurau aja...

linda said...

contoh "orang besor" - Siti Syahira Harun :)

Chasing Aurora Birthday Trip: Finland, Sweden + Norway

Salam semua.... How you all have been doing so far? I hope you guys are in the good health and bless with your families and friends. Yap...m...