23 May 2007

Vietnam- Fun Fun Trip part 1

Hari ni baru ada masa nak update blog. Hari lain tu bukannya tak de masa tapi malas. Yang lian semua dah update blog, kalau korang nak baca. Tapi kadang-kadang musykil jugak, ada ke orang nak baca blog aku ni? Ntah-ntah hanya officemates aku ngan Ili je.
Apa-apa pun hidup musti diteruskan.
Aku rasa company trip kali ini memang best giler, sama atau pun lebih kurang tahap ngan masa pergi Bali 2 tahun lepas. Mungkin pasal group aku memang best ataupun tempat tu sendiri.
Vietnam- Aku tak pernah rasa takut sangat waktu nak lintas jalan. Tour guide to cakap, kalau nak melintas lintas je, kalau tak sure berenti tapi jangan sesekali patah balik. Dalam erti kata lain, tutup mata jalan je. Kat sini paling banyak motor. Tak pernah aku Nampak motor sebanyak ini dalam hidup aku. Jalan raya diorang memang dikuasai oleh motosikal. Pehtu diorang dahla tak pakai topi keledar , main redah je dan tak guna signal. Memang kita tak tau diorang ni nak pergi mana. Aku yang kat dalam coach ni pun risau bila diorang hamper sangat ngan kit. Aku ingatkan trafik kat Indonesia yang paling teruk, rupanya aku silap. Tapi memang pandas gila kat sini. Panas dia lain macam, bukan yang macam panas terik tu tapi bahang dia memang tak tahan.
Hari pertama – Sampai je terus pergi kat Istana president, okla. Lama jugak kitaorang kat situ, boring pun ada. Kitaorang pergi setiap bilik. Ada satu bilik tu macam cerita Princess Hour ( Goong) aku ngan kak ain rasa nak langkah penghalang tu dan tangkap gambar macam pose Chaekyung dan Shin, tapi kitaoang tak berani. Turun bawah tanah macam cerita cerita spy dulu-dulu. Nanti tengok gambar.
Pehtu pergi post office ngan Notre Dame Cathedral. Post office dia memang lawa giler. Rasa macam kat Stesen keretaopi kat London. Siap dengan telephone boothnye lagi. Lepas tu kitaorang hantar postcard, aku hantar kat diri aku sendiri. Macam takde orang lain. Pehtu kitaorang pergi War Musuem. Memang sedihla tempat ni. Tengok gambar gambar memaparkan kekejaman puak yang menganggap diorang ni polis dunia. Padan muka diorang kalah kat situ. Tapi memang sedihla, ramai wanita dan kanak-kanak yang mati. Pehtu ada plak mayat bayi betul alam botol. Masuk Tiger Cages, tempat untuk kurung gerila yang melawan diorang dulu. Aku nak tangkap gambar kat satu bilik sel, memang terkejut giler bila tengok ada patung dalam tu. Macam orang betul.!
Lepas tu kitaorang pun balikla ke hotel. Hotel dia memang lawa. Macam ala-ala 50’an gitu. Lepas mandi semua kitaorang pergi makan kat restoran hala. Not badla. Lepas tu diorang nak gi jaln-jalan tapi aku memang tak larat sangat. Rasa nak pengsan pun ada gak. Aku naik atas tido zzzzzzzzzzz. To be continued……….





Dekat Notre Dame Cathedral depan Post Office

Pemandangan daripada Istana President.

Dalam Post Office

Nampak tak "sesuatu"?. Gambar kat Tiger cages.


Kereta kebal tu tinggalan tentera Amerika kat War Museum.

No comments:

Family trip to UK

Salam semua.... Ya, I know I have gone for too long. It is all because of my stupid laptop need to be repaired and actually I was away for...