31 May 2007

Sambungan K**** slang

Copy and paste- Taktik ini dilakukan untuk menutup "kejahatan" apabila bos ternampak anda buka internet. Mula-mula pastikan laman web yang dibuka mempunyai banyak tulis(forum, newspaper) kalau yang ada gambar tu, tak dapat diselamatkanla. Lepas tu just copy sebarang tulisan di situ menggunakan klik kanan dan buka Microsoft words dan tampal disitu. Itu membayangkan seolah-olah anda sedang membuat rujukan/research/reference. Taktik ini dicipta oleh Mek Tot. Syabas inspector sahab!

30 May 2007

K**** Slang

Ni contoh-contoh bahasa yang maybe hanya staff K**** ( dan ex) yang boleh paham. Ni list dia.

1. K**** curse – Terdapat dua, satu positif, dan satu lagi negative
Negatif-
a) Maka sesungguhnya kalau staff yang datang masuk bekerja itu bujang, maka dia akan kekal bujang hingga ke akhirnya, sehinggalah ada salah satu senior staff itu berkahwin. Mungkin akan terbatallah sumpahan itu.
b) Jika staff tersebut sebelum masuk mempunyai kekasih, maka akan ghaiblah kekasih tersebut kerana tidak tahan melayan kesibukan staff tersebut. Hanya pasangan yang tabah menghadapi sebarang rintangan sahaja berjaya menuju kea rah kebahagiaan.

Positif-
Maka sesungguhnya kalau staff yang datang masuk bekerja itu sudah berkahwin, namun masih tidak mempunyai anak sekian lama, maka dengan izin Allah, akan mengandung jua akhirnya.

Sumpahan ini mungkin hanya kebetulan, tapi banyak berlaku ke atas K**** staff.


2. Slanga

a) Atuk/Bapak/Orang Tua – Kitaorang punya ketua pejabat
b) Abang long/kak long- Masing-masing punya team leader
c) Kakak/abang/adik “ angkat “ kesayangan – Orang yang kita rasa “sayang” sangat
d) Kembar – orang yang selalu bersama, sampaikan cuti pun bersama. Tak dapat dipisahkan.
e) Kakak besar- pangkat dia lebih besar daripada ketua pejabat
f) Budak kechik – Fida
g) Mek Tot – Linda
h) Orang besar- Orang yang memang besar @ tanggungjawab dia lebih besar.
i) Aquarium – Bilik meeting kecil berdinding kaca.
j) Island- Dimana kawasan work station yang selalu tak dak orang sama ada mereka pergi melawat centre/cuti/berenti kerja.
k) KBC ( K**** Broadcasting centre) – Kumpulan ini telah berlerai apabila ketuanya telah berhenti untuk menjadi cikgu di Perak. Ahi yang tinggal tidak berapa aktif kerana memang tak pandai cari maklumat.

l) Forever cannot get KQS – memang selamanya tak dapat mencapai standard yang diperlukan.
m) BFF “best friend forever” – Mereka yang selalu melakukan aktiviti bersama-sama, pendek kata nampak je muka A, mesti si B,C,D berada berdekatan. Vice versa.
n) Meeting- Sekumpulan manusia berkumpul untuk berbincang dan tak semestinya capai keputusan. Melakukan aktiviti yang sama dengan topik yang berlainan.
o) Briefing- Aktiviti mencuri masa selalunya berlaku di hari Isnin dimana mengambil masa yang panjang sehingga apabila habis aktiviti ini hanya tinggal sejam lagi sebelum makan tengahari dan masa yang sejam tersebut digunakan untuk membaca e-mail. ( tak sempat nak buat kerja + lapar)
p) Tapau – aktiviti yang dilakukan semasa tak dak duit untuk makan ( tengah@akhir bualn) tak pun untuk mereka yang berdiet.
q) Pantry/supplier – Mereka yang mempunyai banyak bahan makanan hinggakan “terpaksa bersedekah” kepada mereka yang memerlukannya.

So, setakat ini sajalah yang aku tau@ingat. Kalau sapa-sapa yang tau lebih, tambahlah ye. Thanks.

24 May 2007

Vietnam- Fun Fun Trip part 2


Hari kedua ni aku rasa yang paling best sekali. Mula-mula kitaorang pergi Chu Chi Tunnel. Perjalanan dekat dua jam jugakla. Dalam bas tu, macam ada pesta tangkap gambar orang tido yang diketuai oleh Mr. Nicholas Liew @ Nicky and Sean. Ramai jugakla yang jadi mangsa. Aku hamper menjadi mangsanya tapi waktu dia tangkap gambar tu aku terbukak mata. Lepas t terus tak jadi tido.
Sampai je kata sana mula-mula tengok video dulula. Video tu hitam putih menceritakan pasal zaman perang Vietnam dulu. Tempat tu memang satu kampong yang gali. Lubang dia kecik je sebab diorang memang kecik. Perempuan dia memang lawa-lawa dan halus je. Aku rasa paling besar pun saiz L je.
Tak semua tunnel tu kitaorang dibenarkan masuk. Ada satu lubang masuk tu memang kecik, aku memang sure takleh punya. Lepas tu dia tunjuk jerat untuk tentera amerika memang dahsyatla kalau kena. Tunjukla dia punya dapur yang tak mengeluarkan asap supaya tak kena bom. Ada jugak pergi stesen tempat bom B52 jatuhkan, memang besar, boleh buat kolam ikan. Lepas tu kitaorang masuk tunnel, semua masuk termasuk big boss aku sekali. Terowong tu memang muat-muat badan aku je. Cehhh mula-mula boleh macam jalan tertunduk-tunduk. Lama-lama lepas tu kena jalan tunduk lagi, then memang kena merangkak, kalau orang yang kecik boleh lagi. Memang riuh dalam tunnel tu sebab gelap. Nasib baik ada torch light, itu pun kecik je. Adala kawan aku yang guna lampu hand phone. Mek Tot memang kecoh, dahla dia duduk belakang aku. Sempat bergambar dalam tunnel lagi kitaorang. Dalam tu memang panas giler. Tunnel tu panjangnya dalam 3 meter, dalam 7 meter. Ada tunnel dalam lagi kiranya macam aras kedua dan ketiga. Keluar je dari tunnel tu memang bestla. Rasa macam mana keperitan diorang waktu zaman perang dulu. Kitaorang yang masuk kejap ni pun dah sesak nafas ngan panasnya lagi. Macamla diorang dulu boleh bertahun –tahun hidup dalam tu. Lepas tu ada lagi satu tunnel, lagi panjangla tapi aku tak masuk sebab memang kecik. Mek Tot masuk. Dia kata ada satu tempat tu diorang kena terjun masuk aras kedua pehtu panjat balik. Kitaorang tunggula kat tempat keluar. Dari jauh dah boleh dengar kekecohan dalam tu. Suara dia la yang kuat sekali. Keluar je tangkapla gambar pehtu si Tswen Ching ni hulurla tangan, sekali dia terjatuh menghempap Tswen ching sekali dan jatuh tergolek ala-ala filem Hindustan terus depan aku. Aku mula-mula bantai gelak giler pehtu baru tolong diorang. Memang kelakar betul.
Then kitaorang pergi ke Delta Mekong. Kalau cikgu Gegrafi aku tahu mesti dia bangga giler. Geografi memang favourite subject aku tu. Siap masuk persatuan Geografi dan Sejarah lagi waktu kat Mat Jiwa.Sungai dia memang lebar giler. Kitaorang naik bot pergi sau pulau ni yang memang terkenal degan pengeluaran pertaniannya. Dia jamu buah pehtu promotela beli barang dia sekali. Pehtu kitaorang naik sampan untuk pergi ke bot balik. Masa naik sampan tu memang bestla. Bergambar macam titanic tu. Masa ni kitaorang dah join group 2 yang baru sampai Vietnam.
Masa makan malam kitaorang jalan kaki pergi floating board. Memang besarla. Ok gak makannya. Bot tu bergerak pusing-pusing kawasan kat situ. Ada orang Jepun agaknya, mak cik ni tak berenti-renti nyanyi karaoke. Penuh semangat. Lepas tu ada la minah ni mula-mula nyanyi, dia pakai baju agak sexyla jugak. Lepastu dia bukak baju tinggal bra berlabuci ngan samala dengan seluar pendek dia menari ala-ala tigr show. Lepas tu semua orang dating dekat pentas tu. Dia ni pun pandai buat perdembahan menggunakan api. Memang sesak mata memandang. Tapi bagi dia memang biasa je kot.

Hari ke-3- Hari ni aku bengang skit bukan apa , aku dah berusaha bangun awal untuk breakfast, tapi Mek Tot ni buat lambat-lambatla pulak. Dahla nak check-out, last-last sempat makan 15 min je. Geram betul. Lepas tu pergi shopping kat Ben thant. Memang tak murahla.. Aku banyak beli kain untuk baju raya. Peniaga kat situ memang boleh cakap Melayu, Cina, Jepun, Eussia. Hebat betul. Tapi diorang ni agresif jugakla. Main tarik-tarik tangan, baju semua.
Last-last dari millionaire aku jadi papa kedana, siap terpaksa pinjam dari Kak Ain lagi.
Tapi apa pun memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.!



Tank tentera Amerika dalm hutan.


Dalam bot dekat delta Mekong


Dayung sampan, dayung- dayung sampan


Siap bergambar sebelum masuk terowong.




Bergambar dalam Chu chi tunnel, masa ni tak yah merangkak lagi.


Mek tot menghalang pemandangan aku dari kamera.

Rizal yang semestinya muat masuk dalam lubang.

Dalam floating boat, ok air tu bukan air kencing setan, tapi teh payau, ok.

Bergambar setelah penat membeli-belah kat pasar Ben thant

Sempat buat manicure, murah je dalam 30 000 dong ($2 US dollar)

Ben thant market

23 May 2007

Vietnam- Fun Fun Trip part 1

Hari ni baru ada masa nak update blog. Hari lain tu bukannya tak de masa tapi malas. Yang lian semua dah update blog, kalau korang nak baca. Tapi kadang-kadang musykil jugak, ada ke orang nak baca blog aku ni? Ntah-ntah hanya officemates aku ngan Ili je.
Apa-apa pun hidup musti diteruskan.
Aku rasa company trip kali ini memang best giler, sama atau pun lebih kurang tahap ngan masa pergi Bali 2 tahun lepas. Mungkin pasal group aku memang best ataupun tempat tu sendiri.
Vietnam- Aku tak pernah rasa takut sangat waktu nak lintas jalan. Tour guide to cakap, kalau nak melintas lintas je, kalau tak sure berenti tapi jangan sesekali patah balik. Dalam erti kata lain, tutup mata jalan je. Kat sini paling banyak motor. Tak pernah aku Nampak motor sebanyak ini dalam hidup aku. Jalan raya diorang memang dikuasai oleh motosikal. Pehtu diorang dahla tak pakai topi keledar , main redah je dan tak guna signal. Memang kita tak tau diorang ni nak pergi mana. Aku yang kat dalam coach ni pun risau bila diorang hamper sangat ngan kit. Aku ingatkan trafik kat Indonesia yang paling teruk, rupanya aku silap. Tapi memang pandas gila kat sini. Panas dia lain macam, bukan yang macam panas terik tu tapi bahang dia memang tak tahan.
Hari pertama – Sampai je terus pergi kat Istana president, okla. Lama jugak kitaorang kat situ, boring pun ada. Kitaorang pergi setiap bilik. Ada satu bilik tu macam cerita Princess Hour ( Goong) aku ngan kak ain rasa nak langkah penghalang tu dan tangkap gambar macam pose Chaekyung dan Shin, tapi kitaoang tak berani. Turun bawah tanah macam cerita cerita spy dulu-dulu. Nanti tengok gambar.
Pehtu pergi post office ngan Notre Dame Cathedral. Post office dia memang lawa giler. Rasa macam kat Stesen keretaopi kat London. Siap dengan telephone boothnye lagi. Lepas tu kitaorang hantar postcard, aku hantar kat diri aku sendiri. Macam takde orang lain. Pehtu kitaorang pergi War Musuem. Memang sedihla tempat ni. Tengok gambar gambar memaparkan kekejaman puak yang menganggap diorang ni polis dunia. Padan muka diorang kalah kat situ. Tapi memang sedihla, ramai wanita dan kanak-kanak yang mati. Pehtu ada plak mayat bayi betul alam botol. Masuk Tiger Cages, tempat untuk kurung gerila yang melawan diorang dulu. Aku nak tangkap gambar kat satu bilik sel, memang terkejut giler bila tengok ada patung dalam tu. Macam orang betul.!
Lepas tu kitaorang pun balikla ke hotel. Hotel dia memang lawa. Macam ala-ala 50’an gitu. Lepas mandi semua kitaorang pergi makan kat restoran hala. Not badla. Lepas tu diorang nak gi jaln-jalan tapi aku memang tak larat sangat. Rasa nak pengsan pun ada gak. Aku naik atas tido zzzzzzzzzzz. To be continued……….





Dekat Notre Dame Cathedral depan Post Office

Pemandangan daripada Istana President.

Dalam Post Office

Nampak tak "sesuatu"?. Gambar kat Tiger cages.


Kereta kebal tu tinggalan tentera Amerika kat War Museum.

17 May 2007

Tak sabar nak pergi Vietnam

Esok pukul 4 pagi dah kena bangun dah. Di tolong antar pergi KL Sentral, thank you Di. Kena ada kat situ pukul 6am. Dulu masa pergi Jakarta pun macam ni jugak. Kat sana nanti kena tukar duit USD tak pun Dong, tak taula nak tukar banyak mana. Pasal makana pulak, kena bawak meggi banyak-banyak. Kitaorang pergi Chu Chi Tunnel, terowong askar vietkong ni masa vietnam war tu...Museum, Sungai Mekong, Notre dame Catheral, shopping kat Ben Thanh market. Balik hari ahad. Company trip di dibahagikan kepada 2 group, aku first group yang pergi sana, balik ahad, Group satu lagi pergi Sabtu balik Isnin. Sebenarny trip ni conclude pergi melawat ofis Kumon Vietnam jugak. Ramai tak nak pergi sebab diorang tak nak melawat ofis tu, pehtu berpecah plak. entahlah maybe diorang dah kaya dan boleh pergi sendiri. Aku, orang dah ajak pergi, free lak tu, ikut ajala. Lagi pun aku memang suka pergi berjala-jalan. Kiranya hampir semua Asia tenggara aku dah pergila. Tapi aku memang tak sangka nak melawat Vietnam ni, tak pernah terfikir dalam kepala otak nak pergi sana. Nanti aku letak gambarla balik Isnin ni.
Bon voyage!!!!

15 May 2007

Why me?

Yesterday I'm so happy shopping around in Midvalley, buy new clothes, perfume eventhough I don't have enough money. I always like that, if I worried about money thing, I will shop around. Damn credit card. Now, I have to pay a lot also. and why my check is sooooooo late.
This morning, when I check my e-mail, then come the sad news, then when I call one of instructor then something happen also, is it today "Please mad at Syahira Day", because i really don't know. and this stupid Mika's song " Love Today" is keep playing in my head. Love, love me, love love me.....

8 May 2007

Get tagged again....

Since i've got tagged by bernice, so please allow me to write-up in english. Please mind the grammatical and spelling error as I did not get A1 in my SPM for English.

5 things found in your bag:

1. Of course my new purse ( by at Sogo last weekends) with all my important cards (IC, Driver license, ATM Cards, credit card, insurance card) and others ( Jusco, Sogo, Mesra, Kurnia, Enrich cards) so now I cannot closed my purse properly.
2. My phones - Of course, although not many people called me though
3. Medicine- I have my own pharmacy in my bag with paracetamol, flu pills and lotion.
4. Company camera- Like Bernice, for leisure and business
5. Keys- House and car keys

5 things found on your wallet:

1. Of course the cards like I mentioned above
2. Credit card & ATM receipts
3. A little money ...... I save for Vietnam trip maaa...
4. Name cards - Clinic, frame store
5. My old P license.

5 favourite things in your room:

1. My TV /Astro /DVD/CD player - Like irama dan lagu , cannot be seperate.
2. My balance ball - Sometimes, when i feel energetic enough, I do my sit-up on the ball.
3. My bed and 5 pillows- Believe me i need those pillows.
4. Make-up counter and big mirror- It's not for make-up actually but for my toner, lotion all that stuff
5. Books and magazines collection - Seriously , I have to get rid some of the stuff.

5 things you always wanted to do:

1. Trip to Ireland - Visit to castles as well as to catch leprachaun
2. To go to Westlife concert ( before they split)
3. Lose my weights - Please -please let me lose my weights
4. Get married and have kids
5. Bring family to Mecca

5 things you are currently into:

1. Blogging - Laugh and get to know more about my friends
2. Hanging out with my friends - Especially at makan time
3. Stealing mp3's from other websites using google- I'm so sorry....
4. Thinking and planning how to improved and help all my instructors so that they can be happy?
5. Ugly Betty,ANTM, Bleach,TAR,American Idol,E! Channel, 30 Rock,Ned Declassified, Life with Derek,Spongebob Squarepants, CSI.

Well I think Bernice already tag the person I know, So I tag faizala.

Ok that's all folks.

7 May 2007

Mandi-manda di Anjung Sedayu

Hari Sabtu aritu pergi mandi manda kat Anjung Sedayu kat Gombak. Mula-mula pergi jemput Safiah kat Taman Melati, dia kata rasanya dia tahu kat mana tempat tu. Tapi kitaorang sesat dalam dual tiga kali jugakla. Ada masa tu memang dah rasa confidence dan confirm tempat tu punya. siap makan dan minum gerai kat situ. Sampaikan diorang lalu dan tepon pun tak sedar. Tapi not badla tempat tu. Memang best gilerla. Tapi takleh berenang pun, sebab banyak batu. Mainla ala-ala tuan puteri gnan dayang, simbah-simbah air tapi cara ganasla. Sori tak dapat letak gambar, sensored sikit.... Kalau ada Ili, mesti lagi best.

Chasing Aurora Birthday Trip: Finland, Sweden + Norway

Salam semua.... How you all have been doing so far? I hope you guys are in the good health and bless with your families and friends. Yap...m...