9 Mar 2007

6 weirds thing about me (^_^)

1. Obses - yang korang boleh nampak dalam blog aku ni, dan aku dah terangkan dalam blog aku.

2. Suka beli majalah lama2- Kalau ada majalah seperti Gempak, Reader Digest tak pun Mastika, ikut moodla mesti beli pehtu sekarang ni aku tak tau mana nak letak dah semua majalah tu. Memang banyak gila.

3. Suka beli buku 'cantik' - Selalu pegi "Living Cabin "kat Midvalley sebab dia jual banyak buku yang memang 'girlie' dan cantik. aku suka yang ada gambar yang macam romantik gitu. aku tak tau nak ceritala. Bamyak gak duita aku habis pasal ni. Aku tak guna buku2 tu tapi buat collection. Kalau pegi overseas pun aku suka masuk kedai buku contohnya macam gambar ni aku beli kat Bangkok masa KAO Conference aritu.


4. Lama pikir kalau nak order makan - Aku rasa orang KBC memang fed-up dengan tabiat aku ni. Kalau sebelum sampai tempat makan mesti diorang suruh pikir nak makan apa. Nanti takdela waiter tu tunggu lama. Aku bukan apa kadang kadang aku tak tau apa yang aku nak makan. Kang aku order menda ni, makanan orang lain tula aku nampak sedap, menyesal tak order. Mungkin aku ni tamak kot.

5. Suka menumpahkan air kat mejaaaa kerja - Kopi, teh dan semua meja aku ni dah merasa. JJ kat belakng pun tau, kalau tiba-tiba aku menjerit tu pasal tertumpah airla tu. Macam budak-budak.

6. Hantu Kicap - Apa-apa aku makan mesti taruk kicap. Tak caya tanya Di. Pasal tula aku banyak parut. Semuanya aku bubuh, laksa, roti canai, maggi, nasi, bihun sup pendek kata memang takleh hidup tanpa kicapla. Senang. Kat dapur aku memang kena ada kicap, kicap kegemaran aku kicap Tamin, Habal ( kaler hijau terutamanya aku tak suka kaler merah sebab manis) dan cap lembu berlaga. ( orang Kedah mesti Tau punya). Kalau kat ofis nikan kadang -kadang kalau waktu makan nasi tapau mesti aku cakap" kan best ada kicap" . semua ahlil KBC tau perangai aku ni.

So sekarang aku nak tag sapa lak ha?alamak aku tak tau sapa-sapa pun, Ili nanti ko tolong tag untuk aku no. thanks.

Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog

1 comment:

ILi Izyani said...

Ira..sasaran ko pasni si mc tot dari bandar baru pasir mas, bernice, jee onn,

Family trip to UK

Salam semua.... Ya, I know I have gone for too long. It is all because of my stupid laptop need to be repaired and actually I was away for...