Apa –apa pun tahniah kepada Jaclyn Wong sebab dapat “Best Practice of Malaysia and KAO”. Conference tu berjalan lancar. So, masa ni jugak aku nampak colleagues aku pakai baju melayu. Nampak hensem-hensem semua. Mula-mula kena pergi KLIA dua hari, amik visitors, walau pun penat, nasib baik ada jugak pak we duduk kat sebelah masa hari kedua. Hari Jumaat kena bawak Phillipines visitors ke Setapak, dua sessions. Hari Sabtu pukul 5.30am dah bangun sebab kena ada kat KLCC sebelum pukul 7am. Aku pergi dengan Mek Tot, malas nak bawak kereta. Masa dinner tu persembahan kitaorang mendapat sambutan juga kiranya cover malu tahun lepas. Best tengok persembahan Thailand, mak ai, macam dance show pulak. Aku rasa dalam masa dua hari dah naik gila berat badan aku. Yela, breakfast, pehtu minum pagi, lunch buffet, makan petang, dinner.Semuanya makanan hotel la tu , apa lagi ngap ajela. Semua yang berdiet, terbabas.
Kitaorang ada jemput Professor Yunus, yang menang Nobel Prize datang berucap, tapi sebab dia sibuk cuma hantar representative sajala. Dua orang kuat dia. Bila aku deanga diorang punya misi dan visi, rasa macam apa yang aku buat selama ni memang sikit. Diorang punya misi simpe saja, contohnya yang aku boleh ingat, "Kita kena tanam sayur dan makan sayur dan selebihnya kita jual". Aku ingat aku sorang je bukan pemakan sayur, tapi rupanya diorang pun tak jugak. diorang ada bagi pinjaman kat pengemis, pinjaman untuk bina rumah dimana tanah yang dibina tu mesti nama isteri dan juga pinjaman untuk bina tandas, seriously. Memang dia layak menang nobel prize tu sebab dia banyak berjasa kepada rakyat Bangladesh, nak harap pemimpin kita, entahlah....
Hari ni nak balik awal gila dan berehat secukupnya. Hari Khamis, kena keluar lagi pergi Seremban pulak.
Dinner dengan Dennis. Great MC
Jocelyn pun jadi MC jugak haritu.