12 Jun 2007

I love Channel E!

Seriously, kalau aku boring ke tak de benda apa nak tengok, selalunya Jummat malamla,aku akan tune to this channel. Banyak yang aku belajar( yang tak berfaedah punya) dari channel ni. Yang aku paling suka adalah 101 List ngan THS (True
Hollywood Story). Dalam siri ni, diorang adla panggil orang untuk membuat ulasan( commentary) regarding celebrity tersebut. Diorang ni memang kelakarla. Terutamanya adik-beradik Skylar tu.

101 Extreme Slimdown – Senarai artist yang menguruskan/ menaik kan berat badan. Oprah Winfrey nombor satu dalam list ni. Aku tak tau sebelum ni Sharon Stone gemuk giler lepas tu dia menjalani “Bypass surgery” terus kurus. Skylar brothers comment on George Clooney, sebab dia kena naikkan berat badan untuk berlakon dalam cerita “ Syria” ( terus dapat Oscar untuk watak filem tersebut) “even if he cut his legs, women still want to go out with him more than us”. Sebenarnya bila aku tengok ni, rasa nak kuruskan dirila pulak, tapi tak tau bila nak start.

101 Hair Makeover- No. 1 adalah Cybill Shepherd , bila dia buat temu bual kat London dia pakai baju yang ada hud. Bila dia tarik hud tu, rambut dia berikat macam jambul, bila dia tarik getah kat jambul tu, rambutnya mengerbang giler. Memang tak nambak macam pelakon langsung.

THS: Halle Berry – Masa kecik-kecik dulu ramai orang ejek dia anak angakat sebab mak dia orang kulit putih. Cerita macam-macam la pasal perkahwinan pertama dia, husband dia pukul sampai merosakkan pendengaran dia kat sebelah telinga. Lepas tu pasal dia langgar lari, kena saman dengan orang yang dilanggar, pasal dia dapat “ Razzie Awards” ( totally opposite of Oscar) untuk filem “ Catwoman”. Dia dengan bangganya siap pergi ( iala sebab sapa sanggup nak terima anugerah untuk category “ Worst Actress”) dan siap buah speecha ala-ala menang Oscarla. Memang kelakar giler. Lesson yang aku belajar kat sini adalah, orang yang cantik, kaya, berbakat pun ada masalahnya tersendiri, so what we have to do is to deal with it and don’t give up.

THS: Rachel Ray – Dia ni terkenal dengan rancangan masakan “ 30 minutes” di mana dia akan menunjukkan cara-cara membuat makanan yang sedap dan berkhasiat dalam masa 30 minit. Dia dapat idea ni semasa dia kerja kat satu supermarket ni dan kena promote barangan mentah kat sana. Tapi dia tak dapat ambil perhatian pelanggan sebab diorang kata diorang tak sempat nak masak ( macam saya). So dia pun buat la demonstrasi untuk memasak selama 30 minit sahaja. Sekarang ni rancangan dia di bawah syarikat Oprah –Harpo Inc. Dia ni bukannya ada sijil nak jadi chief pun, tapi dia memang suka bahagian masakan. Dulu dia kerja kat Macy dalam department grocery, lepas tu diorang nak promote dia dalam bahagian “Accecorries Department” ( kalau Bernice mesti dia suka) tapi dia tak suka so dia pun berenti untuk bekerja dalam bahagian masakan. Apa yang aku boleh pelajari kat sini adalah buat benda yang kita suka dan stick with it. Contohnya macam dia ni muda lagi aku rasa dalam 30an sahaja tapi dia berjaya jumpa kerjaya impian dia dan jadi rich and famous. Memang ramai oprang kutuk dia sebab dia tak belajar mana-mana institusi masakan ( siap ad website lagi, www.rachelraysucks.com), tapi dia cakap dia tak kisah, memang dia tak pergi pun, tapi dia buat semua ni sebab dia passionate about cooking and she wants to teach people to cook a simple nutricious dish in 30 minutes.

So, memang betulla aku hantu ni TV , tapi aku tetap belajar sesuatu daripadanya……

1 comment:

Cikgu ILi said...

Salah satu mende yang aku suke pasal Ira..dia bukan setakat tengok TV..tapi dia suke share ape menarik dia tengok kat tv tu pada org lain..bagus bangat tu..especially bile share dengan org yang tak ade astro macam aku..huhu.

Chasing Aurora Birthday Trip: Finland, Sweden + Norway

Salam semua.... How you all have been doing so far? I hope you guys are in the good health and bless with your families and friends. Yap...m...