14 Jun 2007

Wanita pilih suami ikut ciri bapa

Satu kajian terbaru mendapati wanita yang mempunyai hubungan baik dengan bapa mereka ketika kecil berkemungkinan besar memilih teman lelaki dan suami yang mempunyai ciri sama seperti si ayah, termasuk bentuk wajah mereka.
Malah, wanita yang terbukti tidak mesra atau mempunyai pengalaman hitam dengan bapa, sama sekali tidak akan menjadikan ciri lelaki itu sebagai keutamaan apabila memilih pasangan.Ini adalah hasil kajian sekumpulan penyelidik Britain dan Poland yang melakukan kajian saintifik bagi mengenal pasti ciri yang menjadi keutamaan wanita apabila memilih lelaki idaman, lapor akhbar The Telegraph, semalam. Kajian itu mendakwa ia bukan setakat kepada persamaan perangai, malah membabitkan butiran terperinci sehingga kepada bentuk wajah yang menjadi antara bukti dikemukakan penyelidik Universiti Durham dan dua institusi pengajian tinggi Poland.“Keputusan ini jelas membuktikan bagaimana kualiti hubungan bapa dengan anak perempuan itu memainkan peranan penting kepada kehidupan si anak apabila dewasa, termasuk membabitkan lelaki pilihan mereka,” kata penyelidik, Dr Lynda Boothroyd. “Penyelidikan itu juga menunjukkan yang otak manusia bukan setakat membina prototaip wajah idaman berdasarkan apa yang kelihatan di sekeliling, tetapi berpandukan lelaki mana yang mempunyai pengaruh besar dalam hidupnya.”Dr Boothroyd berkata, mereka menggunakan ukuran wajah sebagai cara mengesan kaitan langsung rasa tarikan wanita dengan lelaki idaman. Penyelidik mendapati, ia ketara khususnya di kawasan tumpuan di tengah muka iaitu bentuk muka, mata dan dagu.Ini diakui sendiri selebriti popular seperti pakar memasak Nigella Lawson, penyampai radio Britain Zoe Ball dan penyanyi era 80-an, Kim Wilde.Pakar psikologi itu mendapati wujudnya persamaan bentuk muka bapa Nigella, Nigel Lawson yang juga bekas Setiausaha Perdagangan Britain dengan suaminya sekarang, Charles Saatchi.Kajian dikenali ‘cetakan persamaan seksual keibubapaan’ itu menggunakan sampel termasuk 49 anak sulung berusia 15 - 34 tahun di Britain dan Poland.Setiap satu responden diminta memilih gambar yang difikirkan menarik daripada 15 foto lelaki yang turut menampakkan secara terperinci bahagian telinga, rambut, leher, bahu serta pakaian.Hasil pilihan mereka itu kemudiannya dibandingkan dengan ukuran wajah bapa masing-masing.Responden juga diminta menilai hubungan mereka dengan bapa daripada peringkat bayi sehingga usia 7 tahun bagi melihat sejauh mana peranan bapa dalam pembesaran mereka termasuk masa dan tumpuan si bapa ke atasnya.Wanita yang terbukti mempunyai hubungan baik dengan bapa didapati lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai ciri sama seperti bapa. – Berita Harian, 14 June
So, aku rasa ciri-ciri lelaki idaman aku ( berdasarkan artikel kat atas)
1. Gelap ( hehehe jangan marah abah)
2. Wajah panjang ( ok la sebab muka aku bulat)
3. Ada tahi lalat
4. Ada lesung pipit - ( ok yang ni memang aku suka, seriously)
5. Mata agak kelabu ( Hmm not bad)
6. Tinggi ( semestinya)
7. Terror memasak ( Adoi ada lagi ke laki macam ni)
8. Perokok kot( yang ni aku akan cuba habis-habisan untuk suruh dia berenti merokok)
9. Suka budak-budak ( Ni ciri-ciri yang utama)
So, nanti kalau dah berkahwin nanti, tengokla teori sama ke tak. (^_^)

2 comments:

ILi Izyani said...

Aku pun rase betul la...perempuan akan terpengaruh pilih husband yg ade ciri2 bapak kite.mungkin sebab dr kecik bapak kite dh jadik role model kite...tambah2 ANAK ABAH mcm ko ni....

Faiza said...

Mungkin juga ade kebenarannye...
walaupun sifat x sama sebolehnya nak juga pastikan bakal suami ade ciri2 seperti bapa kita..x byk, sikit.... ???

Family trip to UK

Salam semua.... Ya, I know I have gone for too long. It is all because of my stupid laptop need to be repaired and actually I was away for...