So, start esok saya akan bercuti dari sampai ahad minggu depan. Nak balik SP ( sungai Petani) . Dah dekat 6 bulan tak balik ni. So, kena bersedia fizikal dan mental untuk memandu jauh. Apsal tak naik bas, lagi murah dan tak letih, well sebab naik basla aku berazam nak beli kereta. Aku ingat lagi bulan puasa tahun 2005, silap aku jugakla beli bas lambat tapi dah memang tak sempat nak buat macamana. Aku dah specifically cakap tak nak bas Indah, pehtu budak tu pun cakap , bas persiaran so aku pun ok ajela. Dia bagi nombor bas. Pasal apa aku tak nak bas indah sebab tahun lepas aku dah naik, dahla buruk lambat plak tu. Masa aku kat hentian duta , aku tunggu bas sikit punya lama, mana bas persiaran ni, lepas tu nampakla bas Indah, tu-tup nombor dia sama apa yang dia bagi aku memang bara gila, dan aku berjanji dengan diri aku sendiri bahawasanya tahun depan aku balik kampung naik kereta.
Persiapan balik kampung:
1. Servis kereta ( dah servis dah masa balik rumah pak long aku aritu awal bulan ni)
2. Isi angin kat tayar( sebab aku ni ganas skit, lubang pun aku langgar, tak sengaja)
3. Top-up kad touch & go ( belum lagi, maybe top –up kat tol damansara nanti)
4. Penuhkan botol air( untuk emergency kereta panas ke)
5. Beli air mineral dan makanan ( untuk akula)
6. Rakam lagu rancak kat kaset kosong ( penting ni, radio sampai kat Bernam dah siaran terganggu)
7. Pastikan handphone full bar / banyak kredit( maklumla, aku ni dah la pompuan, balik sorang lak tu)
8. Bawak balik kad astro, kat rumah tak dak Star World.
9. Pastikan sudah membuang segalanya yang perlu dibuang ( aku tak suka sangat singgah kat R&R ni, satu faktor tak best satu lagi keselamatan)
Yang menarik masa balik kampong…
1. Aku suka singgah kat R&R Bukit gantang sebab dia banyak buah-buahan yang boleh dimakan.
2. Kalau kena singgah kat R&R, sebab-musabab tak dapat dielakkan, aku memang kalau boleh parking depan tandas, dan cepat-cepat masuk balik. ( Sebab keselamatan)
3. Aku jenis ikut kereta orang untuk dibuat kawan, maksudnya kalau nampak kereta plet Kedah /Penang aku akan ikut kereta tula sebab kitaorang balik sama negeri ma. Kalau dia potong, aku pun potongla. Kalau balik KL pun aku ikut kereta plet KL, sekurang-kurangnya kononnya aku ada kawanla. Kalau aku terpaksa berenti kat R&R, aku terpaksa cari kawan barula.
4. Tempat yang aku paling takut sekali lepas tol Ipoh la, macam turun bukit dan sebelahnya gaung, aku memang bawak slow giler kat sini ( takut terbabas) kalau kenderaan lain yang kat belakang tu, silalah, dipersilakan potong aku.
5. Jarang makan lunch kat R&R satu sebab tak best makan sorang, so aku tapaula burger ke makan dalam kereta.
6. Suka nyanyi sorang-sorang macam orang giler, pehtu gelak sendiri mendengar betapa tak sedapnya suara aku.( sekurang-kurangnya boleh mengelakkan mengantuk)
Itula setakat ni yang aku ingat….so bye –bye semua, jumpa bulan depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Chasing Aurora Birthday Trip: Finland, Sweden + Norway
Salam semua.... How you all have been doing so far? I hope you guys are in the good health and bless with your families and friends. Yap...m...
-
I just finish my classes today an will be waiting for final exam next two week. So last classes mean time to submit all your assignments so...
-
Yup, I'm on leave today.....my Office decided to close for Merdeka, how awesome it is? Haha...so now I have time to write my blog hehe....
-
Well, what can I say, finally here is the update from my trip to Terengganu which is 3 days before my final Statistics paper. We went ther o...
2 comments:
ingat nakgi umah ko tapi tak dan pulak.
Ira,,aku pun benci bas indah express tu...
mmg tak selesa langsung.
aku pun selalu benci pengalaman naik bas especially raya..
tiap2 kali susah naik bas aku mule la pikir nak kawin cepat...
sebbab tu la aku kawin awai..tapi sekarang kene pulak naik bas ngan adam gi kl-seri iskandar sekali sekala.
terima kasih sebab membenci bas express Indah.
Post a Comment